Pages

Apa Yang Isteri Mahukan ketika Foreplay

romantic couple

Untuk mendapatkan permainan foreplay yang lebih nikmat, anda perlu tahu apa yang bermain difikiran isteri anda supaya anda boleh puaskan dia. Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah tiga perkara yang isteri anda mahu ketika permainan foreplay
Perkara pertama: Lebih Masa
Isteri anda sebenarnya sangat dahagakan kasih sayang dari anda. Permainan foreplay yang panjang membolehkan dia untuk lebih menerima kasih sayang dari anda di samping mereka juga memberi kasih sayang yang sama pada anda. Jadi, ketika permainan foreplay, anda lakukannya secara perlahan – lahan dan di penuhi dengan rasa sayang. Jangan terlampau gelojoh sehingga isteri anda tidak rasa apa – apa dari permainan foreplay anda.
Perkara kedua: Sensasi yang Hebat
Isteri anda mahu anda berikan segalanya pada dia. Baginya, permainan foreplay itu sendiri adalah hubungan seks. Jadi, anda perlu rangsang isteri anda sepenuhnya. Tidak perlu anda simpan kemahiran yang anda ada, lepaskan semuanya. Biar isteri anda rasa puas. Apabila isteri anda sudah bernafsu, dia akan lebih mudah menikmati persetubuhan yang bakal anda lakukan dengannya nanti.

Perkara ketiga: Mereka Mahu Cinta
Bagi isteri anda, seks adalah berlandaskan pada cinta. Jadi, ketika anda melayani isteri anda menerusi permainan foreplay, anda berikan dia cinta. Rangsang seluruh badannya dan sentiasa ucapkan kata – kata cinta padanya.


No comments: